Luis Enrique percaya kemenangan ke atas Manchester City telah membawa perubahan besar kepada Paris Saint-Germain (PSG), yang bakal berdepan Liverpool dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi nanti.
PSG menewaskan pasukan bimbingan Pep Guardiola 4-2 dalam peringkat kumpulan, sebelum meneruskan rentak kecemerlangan dengan meraih 10 kemenangan daripada 11 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.
Malah, PSG mencatat sejarah sebagai pasukan dengan kemenangan agregat terbesar dalam pusingan kalah mati UCL tanpa bolos, dan kedua terbesar secara keseluruhan selepas Bayern Munich yang menewaskan Sporting CP 12-1 pada pusingan 16 musim 2008-09.
Luis Enrique percaya kejayaan tersebut telah menyuntik keyakinan baharu dalam pasukannya menjelang pertembungan dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool, di Parc des Princes.
"Saya rasa kemenangan ke atas Manchester City telah mengubah sesuatu dalam pasukan ini, terutama dengan cara kami memenangi perlawanan itu.
"Namun, ini adalah perlawanan berbeza, di tempat berbeza, dan kami bakal menentang mungkin pasukan terbaik di Eropah musim ini.
"Saya percaya ini adalah perlawanan yang menarik untuk disaksikan, dan saya berharap kami dapat menguruskannya dengan cara yang betul.
"Kami tidak sabar untuk beraksi dalam perlawanan ini," katanya.

?️ Luis Enrique: "Liverpool have been the most consistent team since the start of the season. An almost perfect team, who know how to defend, press, and attack by keeping possession of the ball or accelerating. This match motivates us."#PSGLIV I @ChampionsLeague pic.twitter.com/ADBXIeNCAU
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) March 4, 2025