UCL
UCL: Kami banyak menderita -- Jelas Pep Guardiola
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, percaya format baru Liga Juara-Juara UEFA (UCL) merupakan 'pengajaran berguna' buat dirinya dan pasukan usai kelabnya itu menewaskan Club Brugge 3-1 di Etihad, awal pagi tadi.
The Netizens terpaksa bekerja keras untuk bangkit daripada ketinggalan dalam pertembungan dengan misi wajib menang itu berdepan Club Brugge, dengan jaringan Raphael Onyedika hampir meletakkan mereka di ambang penyingkiran daripada kempen UCL.
Mateo Kovacic, Savinho dan jaringan sendiri Joel Oronez melengkapi kemenangan City sekali gus mara ke pusingan play-off UCL untuk musim ke-12 berturut-turut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk rekod, Bayern Munich, Real Madrid dan Paris Saint-Germain merupakan satu-satunya kelan lain yang mencapai kejayaan itu dalam setiap kempen sejak 2013/14.
"Saya akan katakan saya tidak menyukainya kerana kami lebih banyak menderita." jelas Guardiola dengan format baru UCL itu selepas pasukannya itu menamatkan kempen dengan tiga kemenanga, dua seri daripada lapan aksi untuk berada di kedudukan ke-22 dalam carta UCL.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ia adalah pengajaran yang berguna buat saya dan pemain." katanya.