UCL: Juventus sahkan Bremer alami kecederaan lutut serius
Shaiful Shamsudin
Oktober 4, 2024 10:05 MYT
Oktober 4, 2024 10:05 MYT
Pertahanan tengah Juventus, Bremer, bakal menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) ketika menentang RB Leipzig.
Pemain antarabangsa Brazil itu terpaksa diusung keluar enam minit ketika Juve merakamkan kemenangan 3-2 ke atas Leipzig semalam apabila kelab itu mengesahkan tahap kecederaannya.
Bremer menjadi kunci kepada pasukan kendalian Thiago Motta itu setakat musim ini apabila diturunkan setiap minit dalam Serie A dan kelab tersebut masih belum melepaskan satu gol dalam enam perlawanan.
Dalam kalangan rakan sepasukannya, dia telah beraksi paling banyak iaitu 540 minit dan membuat pemintasan terbanyak iaitu enam kali dan 11 hadangan.
Forza @bremeroficial ?? pic.twitter.com/uaKUfavtEC
— JuventusFC ???? (@juventusfcen) October 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Juventus turut menerima satu lagi tamparan dengan pemain tengah, Nico Gonzalez, mengalami kecederaan otot paha.
"Bremer dan Nico Gonzalez menjalani ujian diagnostik yang mendedahkan kecederaan ligamen ACL di lutut kirinya sementara Gonzalez ditimpa masalah paha kanan," dedah kelab itu dalam satu kenyataan.
"Bremer akan menjalani pembedahan dalam beberapa hari akan datang."