Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

UCL: Josip Stanisic pertahan tindakan tolak tukang pungut bola

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

josip-stanisic.jpg
INTER 2 BAYERN 2 
(Inter layak dengan agregat 4-3) 

Bayern Munich sudah mengerahkan segala kudrat tapi ia masih belum memadai untuk mereka tersingkir secara agregat kepada Inter Milan dalam Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi. 


Insiden dalam masa kecederaan di San Siro itu menyaksikan pemain pelawat, Josip Stanisic, dengan jelas menolak jatuh seorang budak pemungut bola dari bangkunya kerana berlengah-lengah, malah membaling bola ke arah bertentangan ketika kedudukan terikat 2-2 dan terdesak mendapatkan satu jaringan lagi untuk mengimbangi agregat perlawanan. 

 

"Setiap pasukan di dunia ini membuang masa apabila mereka mendahului. Saya bertindak agak bodoh kerana menolaknya," katanya selepas perlawanan.

The Bavarians berjuang hingga wisel penamat tetapi terpaksa membayar kesilapan pertemuan pertama dengan mahal. 
 

Advertisement

Must Watch Video