UCL

UCL: Jika Real benam City, saya akan potong buah zakar -- kata Aguero sebelum perlawanan

Ammar Hakim 12/02/2025 | 00:17 MYT
Sergio Aguero mungkin menyesal membuat ramalan berani menjelang pertembungan Liga Juara-Juara (UCL) Manchester City dengan Real Madrid selepas dia mendakwa dia akan 'memotong buah zakar' jika gergasi Sepanyol itu menang.
Aguero menghabiskan 10 tahun di City antara 2011 dan 2021, dan menyokong bekas kelabnya sebelum sepak mula.
Semasa penampilan di Som I Serem FCB Podcast, dia berkata, "Real Madrid tidak boleh mengalahkan Man City.
"Jika mereka mengalahkan City, saya akan potong buah zakar saya!"
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penyerang Argentina itu -- yang juga bermain untuk seteru ketat Real, Barcelona dan Atletico Madrid -- pasti gembira apabila Erling Haaland memberikan City pendahuluan pada separuh masa pertama selepas dia merembat masuk ke gawang susulan pergerakan baik melibatkan Jack Grealish dan Josko Gvardiol.
Tetapi Kylian Mbappe menyamakan kedudukan Madrid pada tanda sejam, ketika percubaan volinya daripada bola terobosan Dani Ceballos mencecah tulang keringnya dan melepasi Ederson.
Aguero boleh bernafas dengan lega sekali lagi apabila City kembali di hadapan dengan hanya berbaki lebih 10 minit. Sekali lagi, Haaland yang melangkah untuk menjaringkan penalti selepas Ceballos menjatuhkan Phil Foden di dalam kotak.
Tetapi lima minit terakhir mimpi ngeri mengubah kedudukan memihak kepada Madrid, yang menyebabkan Aguero kecewa.
Bermula dengan Brahim Diaz yang hadir dari bangku simpanan untuk menyamakan kedudukan menentang bekas kelabnya dengan hanya berbaki empat minit, dan kemudian Jude Bellingham mempunyai kata putus pada malam dramatik di Etihad.
City kini berdepan tugas sukar untuk mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara kerana mereka perlu mengejar permainan ketika ketinggalan 3-2 di Bernabeu minggu depan.
#Manchester City #Sergio Aguero #Real Madrid #UCL
;