Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Jaringan 'pengantin baru' Endrick warnai kemenangan Real Madrid

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

endrick_1f4g7mt6qdqrj1ikq9cfzth3rk.jpg
Real Madrid memulakan kempen mempertahankan gelaran Liga Juara-Juara dengan kemenangan 3-1 ke atas Stuttgart di Santiago Bernabeu awal pagi tadi. 

Naib juara Bundesliga musim lalu, Stuttgart, ternyata menghadirkan tentangan buat Real yang beraksi di laman sendiri, memberikan ancaman untuk mengejutkan juara Eropah 15 kali itu.

Penjaga gol Madrid, Thibaut Courtois, melakukan deretan aksi cemerlang untuk memastikan Madrid kekal tidak dibolosi, menafikan peluang Jamie Leweling dan Angelo Stiller sebelum separuh masa.

Kylian Mbappe membuka jaringan buat tuan rumah selepas perlawanan bersambung, menyempurnakan hantaran Rodrygo menerusi gerakan serangan balas yang pantas.

Stuttgart enggan mengalah apabila mereka menyamakan kedudukan menerusi Denis Undav pada minit ke-68.

Bagaimanapun, tiga mata menjadi milik  Madrid apabila Antonio Rudiger menanduk masuk sepakan sudut Luka Modric pada minit ke-83 sebelum Endrick menjaringkan gol pertama di pentas UCL dalam masa kecederaan.
 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video