UCL: Jan Oblak kecam aksi tenggelam Atletico Madrid

Shaiful Shamsudin
Oktober 3, 2024 07:24 MYT
Jan Oblak mengecam persembahan menyedihkan daripada Atletico Madrid selepas tewas 0-4 kepada Benfica dalam Liga Juara-Juara (UCL).
Benfica mencatat kemenangan terbesar dalam UCL di tempat sendiri Liga Juara-Juara (bersama 5-1 vs Club Brugge pada Mac 2023), ketika Atletico mengalami kekalahan paling teruk mereka kepada lawan Portugal dalam pertandingan itu.
Atletico hanya mampu melancarkan empat percubaan gagal dan Benfica pula dengan 19 percubaan.
Walaupun Diego Simeone percaya ada perkara positif yang perlu diambil tetapi Oblak, yang menyelamatkan enam percubaan menarik pihak lawan untuk memastikan mereka tidak dibelasah di Lisbon, awal pagi tadi.
"Adalah menyedihkan untuk tumpas seperti ini, ia bukan imej yang baik untuk diberikan dan tidak banyak lagi yang boleh dikatakan.
"Kami tidak cukup bagus hari ini," katanya kepada Movistar Plus.

4 - SL Benfica's 4-0 win over Atlético de Madrid is the biggest win in the history of the UEFA Champions League by a Portuguese team over a Spanish side. Poker. pic.twitter.com/F6s6f2Pa6s

— OptaJoao (@OptaJoao) October 2, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kadang-kadang perlawanan seperti ini berlaku tetapi kami tidak terdaya kerana kami memberikan gambaran yang menyedihkan hari ini.
"Saya tidak mempunyai satu pun sudut positif yang boleh diperkatakan hari ini.
"Kami tidak berjaya bangkit dan tidak banyak lagi yang perlu diperkatakan.
"Tiada siapa yang terselamat daripada apa yang berlaku hari ini, kami perlu menerimanya dan bergerak ke hadapan."
;