Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Inzaghi beri amaran tugas Inter belum selesai selepas atasi Milan dalam aksi pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

inter-milan-took-a-big-step-towards-the-champions-league-final.jpg
Simone Inzaghi memberikan amaran bahawa tugas Inter Milan untuk ke final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) masih belum selesai biarpun berhasil menewaskan AC Milan 2-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama semalam.

Inter membenam seteru setempat itu dengan dua jaringan dalam tempoh 11 minit pertama melalui penyudah Edin Dzeko dan Henrikh Mkhitaryan, di mana mereka kelihatan amat dominan sepanjang babak pertama.

Milan memperbaiki prestasi mereka dalam babak berikutnya tetapi masih gagal untuk merobek gawang juara edisi 2010 itu dan perlu bersyukur tidak dibolosi lebih banyak gol selepas mempamerkan aksi buruk di depan penyokong sendiri.

The first leg is ours! ?#MilanInter 0-2 (FT) #ForzaInter #UCL pic.twitter.com/lLjLpVS3NM
— Inter (@Inter_en) May 10, 2023

Inzaghi berkata kepada Amazon Prime Video: "Kami boleh menamatkannya dengan lebih daripada dua gol tetapi ia satu perlawanan yang hebat. Kami sudah melalui beberapa pusingan, kami tahu kami berada di depan.

"Kini masih ada perlawanan kedua, kami memiliki penyokong di belakang kami dan kami amat mengetahui bahawa kami masih memerlukan usaha yang amat besar untuk menjadikan impian sebagai kenyataan.

"Saya memintanya semalam, bermain dengan jiwa dan minda. Mereka bergerak ke segenap padang dan ada pemain yang masuk untuk membantu kami.

"Itulah caranya untuk melakukannya dengan prestasi seperti ini. Kini, kami boleh bergembira tetapi kami sedar ia masih belum selesai," katanya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video