Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Inzaghi anggap kemaraan Inter Milan cukup istimewa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

inzaghi.jpg
INTER MILAN 4 VIKTORIA PLZEN 0

Simone Inzaghi percaya Inter Milan telah mencapai sesuatu yang cukup istimewa apabila layak ke pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) daripada kumpulan yang turut diisi Bayern Munich dan Barcelona.

Inter menewaskan Victoria Plzen 4-0 di San Siro awal pagi tadi untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati UCL, di mana kemenangan itu menyaksikan mereka tidak lagi dapat dipintas Barcelona.

Selepas majlis undian musim ini, ramai beranggapan bahawa Bayern dan pasukan berbelanja besar, Barca, akan menjadi dua pasukan terbaik dalam saingan Kumpulan C itu.

Bagaimanapun, Inter meraih empat mata daripada dua pertemuan dengan Blaugrana, sekali gus membuka peluang buat mereka untuk menyingkir pasukan bimbingan Xavi berkenaan.

Inter juga mengesahkan kemaraan dengan berbaki satu lagi perlawanan peringkat kumpulan dan Inzaghi berasa amat bangga dengan pencapaian pasukannya, yang dilihat jauh melangkaui jangkaannya.
 
"Untuk mencapai sasaran ini, dalam musim pertama, kami perlu melakukan sesuatu yang luar biasa dan kami dapat melakukannya," katanya kepada Amazon Prime.

"Kami telah berkembang dari satu perlawanan ke satu perlawanan. 
"Perlawanan pembukaan menentang Bayern amat sukar tetapi kemudian kami melalui dua perlawanan berturut-turut dengan Barcelona yang memberikan kami kelegaan.

"Kami gembira buat kelab ini dan penyokong kami.

"Terdapat harapan buat kami. Kami sedar pada akhirnya ia boleh menjadi amat sukar kerana Barcelona dan Bayern amat kuat.

"Kami telah melangkaui jangkaan, layak dengan satu baki perlawanan, anda perlu memberikan pujian yang besar buat pemain kami," katanya.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video