Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Harry Kane tiada belas kasihan garang berdepan Leverkusen

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kane.jpg
Bayern Munich selangkah ke suku akhir dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas menundukkan seteru utama Bundesliga, Bayer Leverkusen, 3-0.

Pendahulu liga Jerman itu mendahului pada minit kesembilan perlawanan hasil tandukkan penyerang sensasi England, Harry Kane, selepas menerima hantaran lintang pemain sayap kanan, Michael Olise.

Kesilapan penjaga gol Leverkusen, Matej Kovar, yang terlepas tangkapannya daripada hantaran lintang Josua Kimmich membolehkan Jamal Musiala menyambar bola dari jarak dekat itu pada separuh masa kedua.

 

Pasukan bimbingan Xabi Alonso terpaksa bermain 10 orang di Allianz Arena susulan layangan kad kuning kedua kepada Nordi Mukiele pada minit ke-62 aksi selepas kekasaran kepada Kingsley Coman.

Harry Kane terus menambah derita kepada Leverkusen selepas meledak jaringan ketiga buat Bayern menerusi sepakan penaltinya.

Bayern membawa bekalan selesa tiga jaringan untuk aksi kedua di BayArena

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video