Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Haaland demam, cedera -- Guardiola

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

haaland.jpg
BORUSSIA DORTMUND 0 MANCHESTER CITY 0

Erling Haaland dikeluarkan selepas separuh masa perlawanan Manchester City menentang Borussia Dortmund dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi kerana demam dan mengalami kecederaan kaki.

City terikat 0-0 dengan Dortmund di Signal Iduna Park, di mana Haaland dikeluarkan selepas separuh masa setelah kelihatan agak 'senyap' sepanjang babak pertama.

Pep Guardiola, selepas perlawanan itu, mengesahkan bahawa penyerang Norway berkenaan -- termasuk Joao Cancelo yang dimasukkan selepas separuh masa -- bergelut dengan masalah kesihatan sebelum pertemuan berkenaan.

Haaland juga mengalami kecederaan kaki tetapi Guardiola berasakan ia bukan satu kecederaan yang serius memandangkan penyerang itu kelihatan masih ceria ketika bersalaman dengan bekas rakan sepasukannya di Dortmund selepas tamat perlawanan.

"Erling tidak sihat, dia mengalami sedikit demam sebelum perlawanan, Joao juga sama," kata Guardiola kepada BT Sport.

"Dia juga mengalami kecederaan di kaki, kerana itu kami mengeluarkannya dan sepanjang tempoh itu, kami benar-benar bergelut."

Keputusan seri itu, bagaimanapun, mengesahkan kedudukan City selaku juara Kumpulan G dan layak ke pusingan 16 sambil akan diiringi Dortmund selaku pasukan kedua terbaik.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video