Arsenal terus mempamerkan aksi cemerlang di pentas Liga Juara-Juara selepas membenam Atletico Madrid 4-0 di Stadium Emirates, awal pagi tadi.
Satu gol dan satu bantuan jaringan menyaksikan Gabriel Magalhaes memainkan peranan penting dalam kemenangan The Gunners, sementara Viktor Gyökeres kembali menemui sentuhan penyudah dengan dua jaringan.
Permainan yang cukup seimbang dipamerkan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan di awal permainan.
Eberechi Eze hampir membuka jaringan untuk tuan rumah selepas rembatan terkena pertahanan dan menggegar palang, manakala Julian Alvarez hampir mengambil kesempatan.
Gabriel akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-57 menerusi tandukan kencang hasil sepakan percuma Declan Rice.
Empat minit kemudian, Gabriel Martinelli menggandakan kelebihan selepas menyempurnakan hantaran Myles Lewis-Skelly.
Gyökeres kemudian menamatkan kemarau lapan perlawanan tanpa gol menjadikan kedudukan 3-0, sebelum menambah satu lagi jaringan hanya tiga minit selepas itu hasil tandukan Gabriel dari sepakan sudut.
Tiga daripada empat gol Arsenal berpunca daripada situasi bola mati, bukti keampuhan taktikal Mikel Arteta.
Kemenangan itu bukan sahaja mengekalkan rekod bersih tanpa bolos selepas tiga perlawanan, tetapi juga menjadikan The Gunners kelab Inggeris kedua menewaskan Atletico di Eropah musim ini selepas Liverpool.
Dapatkan Sekarang

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang