Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Gol Diaz pastikan Milan bawa bekalan tipis ke laman Tottenham

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

brahim-diaz.jpg
AC MILAN 1 TOTTENHAM HOTSPUR 0

Jaringan pertama Brahim Diaz sejak Oktober lalu memberikan AC Milan kemenangan 1-0 ke atas Tottenham dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.

Diaz menempuhi 12 perlawanan tanpa sebarang jaringan bersama pasukan juara Serie A itu tetapi berhasil mengejutkan Spurs menerusi gol tandukannya pada awal permainan.

Tottenham selepas itu kelihatan lebih banyak menguasai permainan tetapi tidak dapat menemui jaringan penyamaan dalam kepulangan bekas pengurus Inter, Antonio Conte, ke San Siro.

Milan tidak pernang menang dalam tujuh perlawnan terakhir sebelum menewaskan Torino pada Jumaat lalu tetapi jaringan Diaz pada minit ketujuh perlawanan kali ini memastikan mereka memperoleh kemenangan kedua berturut-turut dan membawa bekalan tipis menjelang pertemuan kedua di Stadium Tottenham Hotspur pada 8 Mac ini.

 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video