Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Gabriel Martinelli mahu buktikan Arsenal antara kelab terbaik di dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

martinelli.jpg
Penyerang Arsenal, Gabriel Martinelli, mengakui betapa getirnya perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) menentang Paris Saint-Germain (PSG), awal pagi esok, buat dirinya serta juga kelab.

Pemain Brazil itu menyumbangkan gol kemenangan dalam masa kecederaan ketika The Gunners menang 2-1 ke atas Real Madrid dalam aksi suku akhir di tempat lawan, sekali gus mengesahkan kemenangan agregat 5-1 untuk membawa mereka ke separuh akhir UCL dalam tempoh 16 tahun.

“Ia adalah perlawanan paling getir dalam hidup saya,” katanya kepada The Mirror.

"Sejak saya berumur lima atau enam tahun, ia adalah impian. Kami layak berada di sini dan kami bersedia. Ia adalah peluang untuk hidup kami. 

"Semua orang yang suka bola sepak mahu bermain dalam perlawanan ini. Kami perlu menikmati masa ini dan bersedia.




"Kami berhak berada di sini, kami berhak memenangi sesuatu untuk salah sebuah kelab hebat di Eropah. 

"Kami mempunyai peluang yang menakjubkan dan kami akan turun dengan kepercayaan bahawa kami mampu melakukannya.

“Kami memasang impian ini, kelab ini tidak pernah memenangi kejuaraan ini dan kami berhak menjulangnya kerana kami adalah salah sebuah kelab terhebat di dunia.”

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video