Ayam Tambatan Manchester City, Erling Haaland mungkin tidak diturunkan menentang kelab Switzerland, Young Boys dalam saingan Liga Juara Juara Kumpulan G.
Haaland, 23, dikeluarkan pada separuh masa pertama perlawanan Liga Perdana menentang Bournemouth pada Sabtu akibat kecederaan terkehel pergelangan kaki.
Ditanya samada Haaland akan cergas untuk perlawanan itu nanti, pengurus City Pep Guardiola berkata: "Kami akan merujuk kepada doktor... saya tidak tahu.
"Saya akan mendengar nasihat doktor. Jika (doktor) berkata dia sudah bersedia dan tidak ada sebarang kesakitan, saya akan mempertimbangkan untuk menurunkan dia.
"Semalan dia memberitahu saya bahawa dia berasa lebih baik berbanding pada hari perlawanan (Sabtu).'
Haaland menjaringkan 13 gol untuk City dalam setiap perlawanan musim ini dan menjalani latihan pada petang Isnin, yang terbuka untuk liputan media.
Juara bertahan Eropah itu menang tiga perlawanan pertamanya dalam Kumpulan G dan menang 3-1 di Switzerland dua minggu lalu apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan pertama.
"Kami akan cuba untuk menamatkan dan melayakkan diri untuk Februari dan peringkat berikutnya," kata Guardiola, "Ia cukup bermakna kepada kelab. Layak ke pusingan berikutnya adalah satu kejayaan.
"Ia cukup penting, lebih daripada apa yang dapat anda gambarkan... kerana kami boleh berehat sehingga Februari dan tumpu perhatian kepada Liga Perdana dan pertandingan lain. Kami perlu muktamadkannya Selasa (pagi Rabu), ini."