Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Emery tagih penyokong Aston Villa pacu kebangkitan sekat PSG

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

asensio.jpg
Aston Villa harus memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri dalam perlawanan kedua suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) menentang Paris Saint-Germain (PSG) di Villa Park, demikian kata Unai Emery.

Villa mengalami defisit 1-3 hasil perlawanan pertama di Parc des Princes di mana Morgan Rogers memberi mereka gol pendahuluan pada minit ke-35 menerusi serangan balas pantas.

Begitupun, PSG membalas dengan baik berbekalkan jaringan hebat daripada Desire Doue, Khvicha Kvaratskhelia dan Nuno Mendes.

Kekalahan Villa minggu lalu merupakan kali ketiga mereka tumpas dengan dua gol atau lebih dalam perlawanan pertama peringkat kalah mati pertandingan utama Eropah.

Namun, Emery enggan anak buahnya patah semangat menjelang pertemuan penentuan awal pagi esok.

Pengurus berbangsa Sepanyol tersebut mengakui kualiti dimiliki bekas kelabnya itu namun menegaskan peminat di Villa Park akan memainkan peranan yang besar.

"PSG mempunyai berpengalaman luas untuk bertandang ke tempat lawan," katanya. 



“Mereka bermain di Perancis dan Eropah sementara kami juga mempunyai pengalaman.

“Tetapi kami akan menafaatkan sokongan padu penyokong kami. 

" Jika kami dapat melakukannya secara taktikal dan individu selain menghasilkan persembahan yang baik di atas padang, kehadiran penyokong juga akan meningkatkan tenaga kami dan pastinya banyak memainkan peranan.

"Mereka akan sentiasa menyemarakkan semangat pemain-pemain."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Topik Berkaitan

Must Watch Video