UCL: Emery akui silap percaturan punca Villa rebah

Shaiful Shamsudin
Januari 22, 2025 09:34 MYT
MONACO 1 VILLA 0
Pengurus Aston Villa, Unai Emery, mengakui kesilapannya dengan mempertaruhkan dua penyerang serentak selepas pasukannya tumbang 0-1-0 di Monaco dalam Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.
Wilfried Singo menjaringkan gol tunggal perlawanan itu pada babak pertama ketika pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu terlepas peluang untuk mengesahkan kelayakan automatik ke pusingan 16.
Mereka kini mungkin perlu menewaskan Celtic minggu depan bagi memastikan tempat mereka dalam kelompok lapan teratas dan mara ke pusingan play-off.
Emery bermula dengan Ollie Watkins di jentera hadapan sebelum memasukkan Jhon Duran pada minit ke-57 bagi menggantikan Leon Bailey tatkala Villa mencari gol penyamaan.

FT from Monaco. pic.twitter.com/bjtOn4LyLn

— Aston Villa (@AVFCOfficial) January 21, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami mempunyai dua penyerang yang bagus. Bermain dengan dua penyerang adalah cabaran saya. Kedua-duanya adalah pemain yang sangat bagus tetapi hari ini ia tidak berfungsi dengan baik," katanya selepas perlawanan.
"Saya melakukan kesilapan apabila saya memutuskan untuk bermain dengan dua penyerang.
"Pada detik itu, cengkaman kami semakin berkurangan."
#UCL
;