AC MILAN 3 RENNES 0
Ruben Loftus-Cheek menjaringkan gol berganda untuk AC Milan membawa kelebihan selesa dengan menewaskan Rennes 3-0 dalam perlawanan pertama playoff pusingan kalah mati Liga Europa (UEL) di San Siro awal pagi tadi.
Pasukan bimbingan Stefano Pioli itu menamatkan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di tempat ketiga tetapi kini sedang membina momentum, di mana mereka hanya tewas sekali daripada 13 perlawanan terakhir dalam kesemua kejohanan.
Bekas pemain tengah Chelsea, Loftus-Cheek, meletakkan Milan di depan pada minit ke-32 menerusi tandukannya dan dia kemudian menambah satu lagi gol dengan menolak masuk bola ke gawang lawan pada awal babak kedua.
Rafael Leao memastikan Milan membawa kelebihan lebih selesa dengan satu lagi gol pada minit ke-52 untuk pasukan Itali itu kian menghampiri pusingan 16.
Kedua-dua pasukan berkenaan akan kembali bertemu dalam aksi timbal baik di Roazhon Park minggu depan.