UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Saufi Tahir
Disember 12, 2024 09:05 MYT
Disember 12, 2024 09:05 MYT
Barcelona mendaki ke tangga kedua dalam carta Liga Juara-Juara (UCL) selepas jaringan lewat Ferran Torres memastikan skuad Blaugrana membenam Borussia Dortmund 3-2 di Signal Iduna, awal pagi tadi.
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali untuk memacu skuad kendalian Hansi Flick itu dalam kedudukan selesa untuk layak secara automatik ke pusingan kalah mati UCL.
Blaugrana membuka jaringan pertama menerusia Raphinha pada minit ke-52 selepas menerima hantaran daripada Dani Olmo untuk menewaskan Gregor Kobel.
⭐️⭐️⭐️ FULL TIME! ⭐️⭐️⭐️#BVBBarça | @ChampionsLeague pic.twitter.com/Exn2JGwRw5
— FC Barcelona (@FCBarcelona) December 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, Serhou Guirassy menyamakan kedudukan enam minit kemudian hasil daripada sepakan penalti apabila Pau Cubarsi melakukan kekasaran terhadap penyerang Dortmund sebelum Ferran Torres kembali menutup jaringan penyamaan itu untuk Barca mendahului 2-1.
Walaupun Serhou Guirassy mengikat Barca sekali lagi, tetapi Torres menjadi penyelamat untuk jaringan kemenangan dan menewaskan Kobel sekali lagi untuk tiga mata penuh menjadi milik Barcelona.
Untuk rekod, Barcelona telah menang dalam lima perlawanan UCL berturut-turut sejak Disember 2020. Manakala, Dortmund mengalami kekalahan UCL pertama mereka di laman sendiri sekali gus menamatkan rekod 13 perlawanan tanpa kalah mereka.
This is BARÇA. This is Shark Mentality! ??❤️ #UCL #FerranTheShark pic.twitter.com/yy93hST7Ku
— Ferran Torres (@FerranTorres20) December 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dua gol Guirassy menjadikan dia kini telah terlibat dalam 10 gol dalam 10 penampilan pertamanya di UCL dengan Sebastin Haller merupakan satu-satunya pemain Afrika yang mencatatkan lebih banyak penglibatan gol dalam 10 aksi pertamanya.
Barcelona kini menduduki tangga kedua dalam carta UCL dengan 15 mata selepas enam perlawanan berbeza jurang tiga mata dengan pendahulu carta iaitu Liverpool.