Pengurus Borussia Dortmund, Niko Kovac, memerlukan sentuhan magis bagi menghidupkan peluang serta kebangkitan dalam Liga Juara-Juara (UCL) menentang Barcelona, di Stadium Signal Iduna Park, awal pagi esok.
Dalam pertembungan aksi pertama, bekas pemain Dortmund, Robert Lewandowski, telah menjaringkan dua gol yang menyaksikan Raphinha dan Lamine Yamal turut menjaringkan gol ketika Barcelona memenangi suku akhir pertama 4-0.
"Saya tahu Barcelona mempunyai kelebihan empat jaringan, pasukan saya akan menampilkan corak permainan yang berbeza berbanding perlawanan pertama dan kami tekad memenangi perlawanan pada esok dengan bermain di laman sendiri.
"Barcelona belum tewas dalam saingan kompetitif tahun ini, saya yakin akan berlakunya keajaiban," katanya.
Borussia Dortmund yang juga bergelut dalam saingan liga dengan berada di tempat kelapan mengumpul 42 mata berhadapan sukar kerana berkemungkinan tanpa kapten pasukan, Emre Can, yang mengalami kecederaan.
"Saya merehatkan Emre Can dan sesi latihan kerana dia mengalami masalah otot dan berkemungkinan tidak akan beraksi pada esok" katanya.