Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Dembele letak PSG sebelah kaki ke final atasi Arsenal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dembele.jpg
ARSENAL 0 PSG 1

Gol Ousmane Dembele pada awal permainan memastikan Paris Saint-Germain (PSG) menewaskan Arsenal 1-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Emirates awal pagi tadi.

Jaringan tunggal pemain itu menyaksikan kubu Arsenal senyap seketika pada minit keempat, dan walaupun The Gunners memperbaiki permainan selepas itu, mereka gagal menewaskan penjaga gol kental PSG, Gianluigi Donnarumma, terutama dalam babak kedua.

Juara Ligue 1, PSG, ternyata tidak takut untuk menguasai permainan dan ia jelas menunjukkan Luis Enrique memiliki olahan taktikal yang lebih baik berbanding Mikel Arteta.

Buktinya, gol yang dihasilkan Dembele tiba selepas rentetan 26 hantaran daripada PSG, rekod hantaran terbanyak sebelum menghasilkan gol yang dicatatkan mereka dalam satu perlawanan UCL sejak rekod Opta mula diperkenalkan dalam musim 2003-04.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video