Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Declan Rice terdesak buru kejuaraan sulung

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

declan-rice-arsenal.jpg
Declan Rice mengisytiharkan Arsenal terdesak untuk memenangi Liga Juara-Juara (UCL) selepas mara ke se[aruh akhir bersandarkan kemenangan 2-1 ke atas Real Madrid di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi, yang menandakan kemenangan bergaya secara agregat 5-1.

Prestasi hebat di tempat lawan itu menyaksikan Arsenal mara ke separuh akhir UCL buat kali ketiga dalam sejarah mereka selepas musim 2005-06 dan 2008-09.

Bukayo Saka menebus kesilapannya pada minit ke-13 menerusi gol pembukaan dalam separuh masa kedua di ibu negara Sepanyol itu dan dua minit kemudian penyudah Vinicius Junior menghukum kesilapan William Saliba.

Gabriel Martinelli kemudiannya memastikan kemenangan dan kemaraan The Gunners menerusi jaringan dalam masa kecederaan menuju rehat, lantaran itu Rice sudah tidak sabar-sabar untuk Arsenal memacu ke persada Eropah.

"Ia adalah malam yang istimewa untuk kelab ini, malam bersejarah untuk kelab ini. Kami mempunyai objektif dalam pertandingan ini: Kami mahu memenangi pertandingan ini," kata tonggak Englang itu kepada TNT Sports.

"Kami mempunyai kepercayaan dan keyakinan tinggi bahawa kami mempunyai potensi yang cukup untuk bertandang dan memenangi perlawanan di sini.

"Kami sudah membulat tekad dan kami telah melakukannya dalam perlawanan sebenar. Malam yang gemilang buat kelab ini.

 
"Ia adalah satu kejayaan besar. Saya sudah berasakannya sebelum saya tiba di kelab ini bahawa kami kian meningkat. 

"Dalam pertandingan ini, kami telah melakukan perkara yang luar biasa dengan baik. Kami yakin sepenuhnya dan kami mempunyai kepercayaan penuh terhadap pengurus; dia sukar dipercayai.

"Peringkat separuh akhir sangat besar untuk kami dan kami teruja untuk mara pada malam ini."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Topik Berkaitan

Must Watch Video