Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Declan Rice buat Madrid huru-hara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

declan-rice.jpg
Declan Rice tidak jangka dua gol sepakan percumanya dapat buat Madrid seperti hilang arah, dia turut meletakkan The Gunners sebelah kaki ke separuh akahir Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi. 

Sepakan percuma yang diambil Rice ke arah sudut kanan gawang gol Madrid dalam separuh masa kedua meletakkan The Gunners dua gol di hadapan sebelum Mikel Merino menambah derita Madrid dengan jaringan ketiga untuk Arsenal memenangi perlawanan suku akhir pertama 3-0.

Rice mencipta sejarah tersendiri selepas menjadi pemain pertama dalam UCL menjaringkan dua sepakan percuma dalam peringkat kalah mati, dia turut menjadi pemain kelima menyumbangkan dua gol dalam perlawanan yang sama selepas Cristiano Ronaldo, Hakim Ziyech, Neymar dan Rivaldo.

Hanya tiga pemain Arsenal dapat menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dalam UCL iaitu Alberto Mendez, Thierry Henry dan Bukayo Saka.

"Saya tidak tahu ia boleh menjadikan Madrid hilang arah, saya telah kembali ke prestasi terbaik saya dan akan menjadi gila dalam perlawanan yang akan datang.



"Gol sepakan percuma pertama adalah seperti tidak dijangka, kemudian apabila mendapat sepakan kedua saya yakin dapat menjaringkan sekaligus membantu Arsenal menewaskan Los Blancos dan malam ini adalah malam istemewa buat kami.

"Saya mahu membuat hantaran lintang tetapi benteng yang dibuat Madrid nampak ampuh dam mempunyai ruang untuk membuat sepakan terus, Bukayo memberitahu jika saya yakin teruskan buat sepakan ke arah gawang," katanya kepada Amazon Prime.

Madrid tidak pernah menang selepas ketinggalan tiga jaringan dalam perlawanan pertama tetapi Rice tidak akan mengambil mudah sebelum pergi ke Stadium Bernabeu untuk perlawanan aksi timbal balik Khamis minggu depan. 

Advertisement

Must Watch Video