Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Coman sekali lagi jaring gol penting pastikan Bayern atasi PSG

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kingsley-coman.jpg
PSG 0 BAYERN MUNICH 1

Kingsley Coman menjaringkan satu lagi gol penting ke atas bekas kelabnya, Paris Saint-Germain (PSG), untuk Bayern Munich membawa kelebihan agregat 1-0 dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.

Pemain kelahiran Paris itu menjaringkan gol tunggal Bayern ke atas PSG dalam final UCL tiga tahun lalu dan dia melakukan perkara sama dalam aksi di Parc des Princes kali ini.

Bayern sememangnya pasukan yang lebih layak menang dalam pertemuan itu tetapi skuad gergasi Bundesliga berkenaan perlu berharap mereka tidak akan menerima padah selepas hanya menjaringkan satu gol ke atas PSG, yang beraksi tanpa khidmat Kylian Mbappe sehingga minit ke-57.

Mbappe, yang baru pulih daripada kecederaan, dimasukkan selepas jaringan Coman tetapi tidak dapat mengubah nasib pasukannya -- yang menyaksikan jaringan penyamaannya pada lewat permainan dibatalkan -- tetapi penglibatannya dalam aksi timbal balik di Jerman sudah pasti akan mengundang kegusaran Bayern.

Tanpa khidmat Mbappe, PSG kelihatan langsung tidak dapat menyaingi Bayern walaupun jaringan Coman pada awal babak kedua merupakan percubaan terbaik pertama dilakukan mereka sepanjang perlawanan itu.

Pemain sayap itu menyudahkan lintangan pemain gantian, Alphonso Davies, untuk mengatasi Gianluigi Donnarumma, yang masih gagal merekodkan sebarang perlawanan tanpa bolos dalam UCL musim ini.

Walaupun Bayern terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Benjamin Parvard dilayangkan kad kuning kedua dalam waktu kecederaan, mereka kekal mengawal permainan untuk memastikan bekalan satu gol itu dibawa pulang ke Munich menjelang aksi kedua pada 9 Mac ini.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video