Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Chelsea masih dihantui Piala Dunia Kelab

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chelsea.jpg
QARABAQ 2 CHELSEA 2 

Pengurus Chelsea, Enzo Maresca, menjelaskan Chelsea masih lagi dibelenggu Piala Kelab Dunia hingga mereka keciciran mata dalam Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi. 


The Blues terikat 2-2 dengan Qarabag selepas perjalanan sejauh 2,500 batu ke ibu negara Azerbaijan, Baku, malah dikejutkan oleh tuan rumah yang mendahului 2-1 dalam separuh masa pertama. 

Jaringan Leandro Andrade dan sepakan penalti daripada Marko Jankovic mengubah senario perlawanan biarpun jaringan awal Estevao sempat memberi bayangan kemenangan rutin yang bakal dinikmati Chelsea.

Jaringan Alejandro Garnacho dalam babak kedua berhasil menyelamatkan maruah pelawat dan membawa pulang satu mata. 

Maresca mengeluh terpaksa membuat tujuh pertukaran berbanding barisan yang menewaskan Tottenham pada hujung minggu lalu, gara-gara pramusim yang terganggu dan kekurangan cuti musim panas.

“Kami berniat untuk merehatkan Moises (Caicedo), Enzo (Fernandez), Malo (Gusto) dan lebih ramai lagi pemain,” katanya. 

 

"Mereka tidak boleh diturun setiap tiga hari. Piala Kelab Dunia banyak memberi kesan. 

"Kami cuba melakukan penggiliran pemain. 

"Apabila kami menang, tiada siapa yang menyebutnya tetapi apabila tidak, semua orang fokus mengenainya."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Topik Berkaitan

Must Watch Video