Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Celtic asah taring sebelum jumpa Bayern

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jota-celtic.jpg
CELTIC 3 DUNDEE 0 

Jota berikrar Celtic bersedia untuk berjuang menghadapi Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara (UCL) selepas jaringannya membantu pendahulu Liga Perdana Scotland itu meraih kemenangan selesa 3-0 ke atas Dundee United di tempat sendiri, awal pagi tadi. 


Callum McGregor, Jota dan Adam Idah menemui sasaran dengan sentuhan mengagumkan ketika Celtic melebarkan kelebihan mereka ke atas Rangers dengan 16 mata sebelum pesaing mereka itu berentap dengan Hearts, awal pagi esok. 

Dengan kejuaraan liga kini sudah pasti di dalam genggaman menuju baki 12 perlawanan, Celtic segera mengalihkan perhatian mereka kepada perlawanan kedua play-off UCL menentang Bayern.

Juara Scotland itu mengalami defisit 1-2 menjelang perlawanan kedua di Jerman Rabu depan, namun mereka tidak berputus asa selepas mencatat kemenangan bergaya awal pagi tadi sekalipun merehatkan Daizen Maeda, Nicolas Kuhn dan Arne Engels. 

Ketiga-tiga mereka kemudian dimasukkan sebagai pemain gantian dalam separuh masa kedua.

"Kami akan pergi ke sana untuk bersaing," kata Jota kepada Celtic TV menjelang perlawanan bertemu Bayern.





"Kami tahu ia akan menjadi satu cabaran yang sangat sukar. 

"Bayern Munich adalah salah satu pasukan terbaik di dunia tetapi saya fikir semua orang boleh melihat dalam perlawanan terakhir kami, bahawa kami boleh melakukan perkara yang sangat menarik.

"Kami akan pergi ke sana dengan mentaliti yang sama sebagaimana perlawanan pertama, iaitu melakukan bermain dengan bagus, berusaha mendapatkan keputusan dan berharap beroleh kemenangan."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video