Manchester City akan menentang Real Madrid pada perlawanan kedua suku akhir Liga Juara-Juara Eropah pada Rabu, dengan Bernardo Silva percaya pasukannya perlu lebih berwaspada.
Bernardo Silva mengakui Manchester City memulakan musim dengan kurang baik - tetapi kini mempunyai fikiran yang jelas dan fokus untuk memenangi treble berganda.
Perancang City, Bernardo mengakui kejayaan treble musim lalu memberi kesan buruk kepada skuad Pep Guardiola, sehinggakan mereka kehilangan arah pada permulaan kempen ini.
Skuad Guardiola jauh daripada prestasi terbaik mereka pada separuh pertama musim ini, tetapi kini berada dalam rekod 27 perlawanan tanpa kalah dalam semua kejohanan ketika mereka ingin mencipta lebih banyak sejarah.
Selepas Liverpool dan Arsenal tewas pada hujung minggu, City mendahului dua mata dalam perlumbaan kejuaraan dengan baki enam perlawanan, dan akan menentang Chelsea dalam separuh akhir Piala FA hujung minggu ini.
Jika City boleh mengatasi Real Madrid malam ini justeru boleh terus memenangi treble kedua berturut-turut jika betul-betul berusaha keras ke arah itu, Silva bersetuju bahawa sukar untuk menentang mereka sebagai pasukan kelab terhebat sepanjang zaman.
"Jelas sekali inspirasi dan motivasi ada, kerana kami tahu sejauh mana prestasi pasukan ini," kata Silva, yang menjaringkan dua gol dalam kekalahan 4-0 City ke atas Real musim lalu.
"Tetapi kami telah merangkat strategi dan berikan yang terbaik kepada diri sendiri. Pada permulaan musim kami mempunyai pemain yang alami kecederaan, Rodri digantung dan pemain terbaik telah pergi, seperti Gundogan dan Mahrez, dan bukan mudah untuk pemain baharu menyesuaikan diri.
“Ada masa dan ketika kami tidak bermain dengan baik, kami tidak mengawal permainan dan melepaskan banyak gol di lewat permainan, yang mana ianya tidak normal bagi kami. Kami berjaya menjadi lebih mantap dan sejak Disember kami tidak tewas, jadi kami gembira untuk sampai ke separuh musim ini dan masih berjuang untuk tiga kejohanan paling penting.
"Kami mahu mencipta legasi itu. Untuk memenangi satu lagi Liga Perdana untuk empat berturut-turut. Kami mahu memenangi Liga Juara-Juara Eropah secara dua tahun berturut-turut. Hanya Madrid yang melakukan tiga kali berturut-turut. Dan jika kami memenangi dua treble berturut-turut, itu akan menjadi warisan, jadi kami berjuang untuk itu."
Zaki Zainal
Wed Apr 17 2024