Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Bellingham yakin Mbappe akan bangkit selepas gagal jaring penalti

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kylian-mbappe-jude-bellingham.jpg
Jude Bellingham yakin Kylian Mbappe akan bangkit dan memberikan banyak momen besar buat Real Madrid selepas penyerang itu gagal menyudahkan sepakan penalti ketika tewas 0-2 kepada Liverpool dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Anfield awal pagi tadi.

Juara bertahan UCL itu tewas kali ketiga daripada lima perlawanan pertama peringkat Eropah musim ini, sekali gus menjadi penyandang juara pertama tewas tiga perlawanan peringkat kumpulan.

Gol babak kedua daripada Alexis Mac Allister dan Cody Gakpo memastikan Liverpool mengekalkan rekod kemenangan bersih dalam kempen itu di bawah bimbingan Arne Slot dan menduduki tangga teratas liga 36 pasukan terbaik Eropah berkenaan.

Mbappe sepatutnya menyamakan kedudukan buat Madrid selepas dibolosi Mac Allister tetapi sepakan penaltinya diselamatkan Caoimhin Kelleher pada minit ke-61.

Ia merupakan satu lagi episod duka buat kapten Perancis itu sejak ketibaannya di Madrid dan Bellingham dapat merasai apa yang dirasakan rakan sepasukannya itu.

"Ia boleh berlaku," kata pemain tengah England itu kepada TNT Sports.

"Dia seorang pemain yang hebat tetapi tekanan yang dipikulnya amat besar kerana betapa bagusnya dirinya.

"Penalti itu bukan sebab kami tewas perlawanan ini. Mereka beraksi lebih baik daripada kami.

"Saya tahu dia akan menghasilkan lebih banyak momen yang akan menjadi besar buat kelab ini," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video