Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Bayern bangkit pastikan kemenangan ke atas Copenhagen

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

83f4704ebd5e47d8945e99bf0454df19.jpg
Bayern Munich bangkit daripada ketinggalan untuk memastikan kemenangan 2-1 ke atas Copenhagen dalam Liga Juara-Juara di Stadium Parken.

Kejutan berlaku di Denmark apabila Lukas Lerager membuka tirai jaringan untuk Copenhagen 10 minit selepas rehat, tetapi Munich berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Jamal Musiala.

Detik penentu permainan datang pada minit ke-83 apabila Mathys Tel bijak melakukan gerakan ke dalam kotak penalti menerima hantaran Thomas Muller untuk meledak gol kemenangan sekaligus mengecewakan penyokong tuan rumah.
 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video