Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Barcelona pertaruh barisan utama hadap Young Boys

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

flick.jpg
Hansi Flick tidak akan merehatkan pemain utamanya ketika Barcelona berdepan ujian Young Boys di pentas Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi esok. 

Rentak kemenangan Barcelona dalam permulaan LaLiga terhenti apabila mereka tumbang 2-4 di Osasuna hujung minggu lalu. 

Flick berkata selepas kekalahan itu bahawa dia akan melakukan terlalu banyak perubahan.

Dan tatkala dia menaruh harapan bahawa pemain tengah, Frenkie de Jong, kembali ke pangkuan pasukan selepas mengalami dua kekalahan dalam tempoh 10 hari -- termasuk kekalahan kepada Monaco dalam perlawanan pembukaan UCL pertama -- dia perlu bersedia tanpa kelibat Dani Olmo, Ronald Araujo, Gavi dan penjaga gol Marc-Andre ter Stegen.

"Kami akan mempersiapkan sebuah pasukan yang kami percaya sebagai yang terbaik untuk menewaskan Young Boys. Ya memang kami kalah dalam perlawanan pertama. Tetapi kami tidak boleh tertekan," katanya kepada pemberita.



 

"Kami perlu memulihkan keseimbangan kami selepas kekalahan di Osasuna. Kami perlu membina permainan dengan mengurangkan kesilapan. Tanggungjawab harus dipikul.

"Kami memerlukan kaki yang segar dan kepulangan Frenkie adalah satu berita baik. 

"Walaupun hanya untuk aksi 5 atau 10 minit. Jika dia berpeluang maka dia akan diturunkan."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Topik Berkaitan

Must Watch Video