UCL

UCL: Barcelona berdepan tugas getir di Nou Camp

Ariez Danysh 11/03/2025 | 09:21 MYT
Menjelang aksi kedua timbal balik pusingan 16, Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dengan Barcelona yang baru sahaja kehilangan doktor pasukan pada Sabtu lalu semestinya akan berdepan tugas sukar ketika menentang Benfica untuk merebut slot ke suku akhir.
Anak buah Hansi Flick membawa kelebihan satu gol untuk dibawa ke Nou Camp esok dengan pengendali dari Jerman itu akan mempertaruhkan kesebelasan utama yang terbaik bagi menjelang aksi kedua itu nanti.
Hansi Flick dijangkakan akan membawa masuk Araujo di bahagian pertahanan untuk digandingkan bersama Inido Martinez susulan layangan kad merah yang diberikan kepada Cubarsi dalam aksi pertama sebelum ini.
#Barcelona #UCL