Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Aston Villa cipta kejutan tewaskan Bayern Munich

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

duran.jpg
ASTON VILLA 1 BAYERN MUNICH 0

Jaringan lewat pemain gantian, Jhon Duran, memberikan Aston Villa kemenangan 1-0 berdepan Bayern Munich dalam aksi pertama di laman sendiri Liga Juara-Juara (UCL) ,awal pagi tadi.

Keputusan di Villa Park itu seakan menyamai ulangan kemenangan Villa dalam perlawanan final Piala Eropah (UEL) 1982 ke atas kelab gergasi Jerman itu sebelum ini.

 

Anak buah Vincent Kompany mendominasi perlawanan tetapi mensia-siakan beberapa peluang terbaik mereka hingga sepakan Duran daripada luar kotak penalti menewaskan Manuel Never pada minit ke-79 untuk meletakkan Aston Villa mendahului sekali gus meraih kemenangan tipis.

Untuk rekod, itu merupakan gol keenam Duran musim dan kelima sebagai pemain gantian dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

 

Kemenangan itu memacu skuad kendalian Unai Emery untuk berada di kedudukan keenam dalam carta dengan enam mata selepas dua perlawanan. 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video