SEVILLA 1 ARSENAL 2
Mikel Arteta memuji Gabriel Jesus kerana membawa kepercayaan dan tenaga kepada Arsenal ketika penyerang itu menyinar dalam kemenangan di Sevilla.
Jesus meneruskan rentak cemerlangnya dalam Liga Juara-Juara (UCL) dengan mencetak jaringan dan mencipta bantuan gol ketika The Gunners menang 2-1 di Stadium Ramon Sanchez-Pizjuan, awal pagi tadi.
Satu keajaiban mencetuskan peluang buat rakan senegaranya dari Brazil, Gabriel Martinelli, membuka tirai jaringan dalam separuh masa pertama sebelum Jesus menggandakan pendahuluan mereka menerusi penyudah klinikal walaupun kemudiannya bergelut menahan kesakitan di hamstringnya.
Penyerang Brazil itu mungkin tidak mempunyai rekod jaringan prolifik tetapi kini dia telah pun menyumbangkan 23 gol dalam 41 penampilan di pentas kelab elit Eropah berkenaan.
Ditanya adakah Jesus ditandatangani daripada Manchester City atas kehebatannya dalam pertandingan itu, Arteta menjawab: “Pasti. Dia telah melalui banyak perkara dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan dia masih sangat muda.
“Dia mempunyai pengalaman yang sangat luas. Sesetengah daripadanya bukanlah yang menarik tetapi sangat diperlukan untuk membentuk pemain seperti hari ini. Saya sangat gembira mempunyai khidmatnya dalam pasukan.
“Dia datang ke sini bersebab. Saya fikir dia mengubah dunia kami. Dia menyuntik begitu banyak kepercayaan dan tenaga kepada pasukan ini, dia perlu diturunkan pada saat-saat sebegini.
“Permainan getir adalah untuk pemain penting. Dia perlu menghasilkan detik-detik sebegini untuk menang di stadium seperti ini. Dia melakukannya untuk kami dengan usaha besar. Kemudian, dia berasakan sesuatu di hamstringnya dan saya bimbang tentangnya.
“Kami memerlukan pemain seperti ini untuk memenangi perlawanan. Jika anda mahu bermain di Manchester City, kemudian bertandang ke Stamford Bridge dan ke sini, itulah tahap yang kami miliki ketika ini."

This team ❤️ pic.twitter.com/k2l0J5Golq
— Arsenal (@Arsenal) October 24, 2023