UCL: Arsenal tamatkan badi 14 tahun ke suku akhir

Shaiful Shamsudin
Mac 12, 2024 07:24 MYT
ARSENAL 1 PORTO 1
(Arsenal mara menerusi penentuan sepakan penalti 4-2)
David Raya menyelamatkan dua sepakan penalti ketika Arsenal menewaskan Porto 4-2 untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) dalam tempoh 14 tahun.
Jaringan Leandro Trossard dalam separuh masa pertama berhasil membatalkan defisit gol pada perlawanan pertama sebelum pasukan kendalian Mikel Arteta itu bergelut untuk mencipta peluang yang memenangi perlawanan kedudukan apabila terikat dengan agregat 1-1 di London, awal pagi tadi.
Arsenal melengkapkan empat penentuan sepakan penalti sebelum detik Raya diangkat sebagai wira setelah menepis tendangan Wendell dan Galeno untuk membawa pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu melepasi peringkat 16 terakhir buat kali pertama sejak 2010.

Fighting until the end ? pic.twitter.com/cxrSGvpW3u

— Arsenal (@Arsenal) March 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ketika bergelar pemain, Arteta menempah empat kekecewaan berturut-turut di peringkat sama, namun kali ini dia memacu Arsenal untuk menamatkan badi itu.
Mereka masih boleh bertembung dengan seteru liga, Manchester City, tetapi buat masa ini sudah tentu mereka mahu meraikan kenangan perit ini sejak beberapa tahun lalu yang menyaksikan mereka terkandas tujuh kali berturut-turut ketika di bawah kendalian Arsene Wenger.
#Arsenal #UCL
;