Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

UCL: Arsenal sah ke pusingan 16 selepas belasah Lens

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arsenal.jpg
ARSENAL 6 LENS 0

Arsenal melangkah ke pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan cukup bergaya selaku juara Kumpulan B apabila membelasah kelab Perancis, Lens, 6-0 di Stadium Emirates awal pagi tadi.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu hanya memerlukan satu mata dalam perlawanan itu untuk meneruskan kemaraan selepas PSV Eindhoven bangkit menumbangkan Sevilla 3-2.

Pasukan bimbingan Mikel Arteta itu mempamerkan aksi di kelas tersendiri, di mana Kai Havertz, Gabriel Jesus, Bukayo Saka, Gabriel Martinelli dan Martin Odegaard menemui sasaran dalam separuh masa pertama.

Pemain gantian, Jorginho, kemudian melengkapkan malam gemilang The Gunners dengan jaringan penaltinya pada lewat permainan selepas video bantuan pengadil (VAR) mendapati bola terkena tangan Abdukodir Khusanov.

Dengan kelayakan ke pusingan kalah mata sudah berada dalam tangan, Arteta berpeluang untuk merehatkan pemain utamanya menjelang aksi terakhir peringkat kumpulan di laman PSV bulan depan.

 

Advertisement

Must Watch Video