Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Arsenal persiap Bukayo Saka hadapi Real Madrid

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

saka.jpg
Arsenal sedang mempersiapkan Bukayo Saka sempena perlawanan Liga Juara-Juara (UCL) bertemu Real Madrid, bulan depan. 

Pemain lincah itu tidak beraksi sejak Disember lalu berikutan pembedahan hamstring dan dia kini sudah mula menjalani latihan ringan. 

Lantaran itu, pengurus The Gunners, Mikel Arteta, mahu berwaspada dalam menangani kecergasan pemain itu dengan sasaran menurunkannya dalam perlawanan timbal balik di tempat sendiri.


 
Dengan kebanyakan tonggal kelab itu akan memulakan tugas antarabangsa selepas hujung minggu ini, Saka pula akan meningkatkan peringkat akhir pemulihannya sebelum kembali berlatih bersama pasukan utama.

"Dia akan berada di padang latihan Arsenal, semoga dia dapat berlatih lebih banyak dengan bola di kakinya," kata pengurus itu. 

"Ini bermakna dia membuat hantaran, rembatan dan berlari. Dia telah melakukan banyak berlatih di atas padang secara sendirian. 

"Seterusnya kami perlu mengaturnya di samping orang di sekelilingnya di samping sesi latihan yang lebih kompetitif dan melihat sejauh mana perkembangannya. 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video