UCL
UCL: Arsenal perlu terjemah detik ajaib -- Declan Rice
Declan Rice berkata Arsenal memerlukan lebih banyak "detik ajaib" seandainya mereka tidak mahu impian Liga Juara-Juara (UCL) mereka terkubur di gelanggang Paris Saint-Germain, awal pagi esok.
Arsenal ketinggalan 0-1 menuju ke Parc des Princes selepas pertemuan separuh akhir pertama di utara London, minggu lalu dan peluang masih terbuka buat mereka untuk mara ke final buat kali kedua, selepas tewas kepada Barcelona dalam pertembungan 2006, juga di Paris.
Rice telah pun menterjemahkan dua detik ajaib yang akan menjadi sebahagian daripada kisah rakyat Arsenal ketika membantu kelab itu melepasi peringkat suku akhir dengan meledak dua sepakan percuma yang memukau dalam kemenangan 3-0 ke atas Real Madrid di laman sendiri.
Iklan
Mereka memenangi perlawanan itu dengan agregat 5-1 dan dengan tekanan kian meningkat, Rice berkata sama ada dia atau salah seorang rakan sepasukannya perlu mencipta satu lagi detik yang tidak dapat dilupakan jika anak buahnya Mikel Arteta itu mahu menang, seterusnya mara ke final di Munich.
"Saya fikir pengurus, dia memggelarnya detik ajaib. Dia sentiasa bercakap mengenainya, seseorang perlu mencipta detik ajaib," katanya kepada pemberita pada malam sebelum perlawanan.
Ready for tomorrow.๐ Paris pic.twitter.com/faaiaHI582โ Arsenal (@Arsenal) May 6, 2025
โDalam perlawanan menentang Madrid sebelum ini, saya telah menghasilkan dua sepakan percuma yang luar biasa.
"Tetapi untuk separuh akhir ini sendiri, ia mungkin seseorang yang boleh mencipta detik ajaib seumpamanya.
"Harapnya saya lagi dan kami memerlukan detik seperti itu lagi untuk memenangi perlawanan.
"Mudah-mudahan, kami dapat mencipta sesuatu yang istimewa."
Must-Watch Video