Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Arsenal masuk pertandingan untuk menang -- Eddie Nketiah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

eddie-nketiah.jpg
Eddie Nketiah berasakan Arsenal harus menuju ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara (UCL) tanpa perlu takut.

The Gunners yang banyak berubah seri 1-1 di PSV Eindhoven awal pagi tadi dalam perlawanan terakhir Kumpulan B.

Kedua-dua pasukan sudah pun dijamin tempat ke pusingan 16 sebelum sepak mula di Stadion Philips, di mana gol pertama Nketiah dalam UCL meletakkan Arsenal di depan sebelum separuh masa. Yorbe Vertessen menyamakan kedudukan dengan penyudah pintar sejurus permain bersambung. 


Sebaik memenangi kumpulan, kelab kendalian Mikel Arteta itu akan menjadi pilihan dalam undian pusingan 16 minggu depan. 

Dan Nketiah tidak nampak sebab mengapa Arsenal tidak harus yakin untuk melangkah jauh.

"Kami menikmati pusingan seterusnya," kata Nketiah kepada pemberita.

“Kami sedang berjuang dalam pertandingan ini, anda akan sentiasa menerima undian yang sukar. Setiap pasukan dalam pertandingan ini bagus dan berhak untuk bersaing di sini.


 

“Tiada gunanya berada dalam pertandingan ini sekiranya saya tidak memasang impian untuk menang. 

"Kami mempunyai kualiti untuk berbuat demikian dan setiap hari kami berusaha untuk memenangi setiap kejohanan yang kami sertai dan turun beraksi -- itulah matlamat kami dan itulah matlamat Kelab Bola Sepak Arsenal.

“Itulah yang peminat mahukan dan kami berusaha setiap hari untuk mencuba dan mencapai impian itu. Impian saya adalah untuk memenangi semua itu.

"UCL merupakan kejohanan yang hebat untuk disertai. Kami telah bekerja keras untuk sampai di sini jadi kami akan terus berusaha setiap hari untuk memberikan persembahan terbaik dan mudah-mudahan, kami mampu mencapai impian kami."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Topik Berkaitan

Must Watch Video