UCL
UCL: Arsenal buat PSV Eindhoven tampak tidak bermaya
ARSENAL 4 PSV 0
Mikel Arteta berasa sebak dengan malam indah ketika Arsenal menandakan kepulangan ke kancah Liga Juara-Juara (UCL) dengan kemenangan bergaya 4-0 ke atas naib juara Eredivisie musim lalu, PSV Eindhoven, di Stadium Emirates, awal pagi tadi.
Dalam perlawanan pertama mereka dalam pertandingan ini dalam tempoh enam tahun, pasukan asuhan Arteta itu tidak memberi muka kepada PSV dengan bekalan 3-0 menuju rehat.
Iklan
Bukayo Saka bertindak paling pantas untuk menjaringkan gol pertama yang berpunca daripada bola muntah selepas percubaan jarak jauh Martin Odegaard yang ditampan Walter Benitez.
Bintang England itu kemudian mencipta umpanan untuk jaringan Leandro Trossard.
Selepas 38 minit permainan, sentuhan terakhir Gabriel Jesus di dalam kotak penalti meletakkan mereka di kedudukan selesa untuk menuju ke bilik persalinan dengan keyakinan tinggi.
Odegaard kemudian menokok gol keempat pasukannya menerusi rembatan rendah kaki kirinya ketika permainan berbaki 20 minit.
What a night ?#UCL pic.twitter.com/1c9HbUJRkL— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) September 20, 2023
“Ia adalah malam yang indah selepas sekian lama,” kata pengurus berbangsa Sepanyol itu.
“Kami mahu menghasilkan persembahan yang tepat untuk memenangi perlawanan ini. Seronok melihat suasana dan muzik UCL.
“Sebelum itu, semua orang mula menjadi agak emosi. Pada hari ini, kami berjaya membuktikan prestasi luar biasa di dalam kedua-dua kotak penalti. Saya fikir itulah perbezaannya hari ini.
“Ya, saya sedikit beremosi. Saya sangat teruja tentangnya. Saya tidak mahu terlalu menonjolkannya tetapi hakikatnya saya sangat teruja.
“Perjalanan kami bermula tahun lalu apabila kami mendapat tiket untuk berada dalam pertandingan ini yang mana kami perlu turun sebagai sebuah kelab.
"Kini kami perlu melakukan apa yang kami perlu hasilkan untuk kekal di tahap ini.”
Must-Watch Video