UCL

UCL: Arsenal boleh menang, Ancelotti yakin pemain utama Real Madrid tidak akan digantung

Najmi Iman 29/03/2025 | 01:16 MYT
Ketua jurulatih, Carlo Ancelotti, yakin bahawa pemain utama Real Madrid tidak akan digantung menjelang perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Arsenal, minggu depan.
Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengumumkan telah membuka kertas siasatan terhadap dakwaan salah laku daripada beberapa siri pemain La Casa Blanca berikutan kemenangan mereka ke atas Atletico Madrid baru-baru ini.
Madrid menyingkirkan jiran mereka dalam penentuan sepakan penalti yang menyaksikan kontroversi sepakan bekas pemain Manchester City, Julian Alvarez, berjaya dibatalkan selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) mendapati dia telah menyentuh bola dua kali.
Empat pemain Blancos sedang disiasat berhubung kelakuan mereka semasa meraikan kemenangan tersebut, dan laporan media Sepanyol mengatakan sekatan boleh diberikan.
Kylian Mbappe, Vinicius Junior, Antonio Rudiger dan Dani Ceballos adalah pemain yang sedang disiasat, dengan kuartet itu berisiko digantung menentang Arsenal.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami percaya bahawa tiada kesalahan dan berharap UEFA membuat keputusan dengan tepat.
"Kami percaya bahawa semuanya akan berakhir dengan baik," kata Ancelotti kepada pemberita.
#bola sepak #Arsenal #Real Madrid #Carlo Ancelotti #Liga Juara-Juara Eropah #UCL