Arsenal mengalami perlawanan yang penuh bergelora dalam saingan Liga Juara-Juara apabila Bukayo Saka mengalami kecederaan ketika tewas kepada Lens.
Cuaca buruk memaksa Mikel Arteta dan pemainnya tergendala di Lapangan Terbang Luton selama lima jam kerana perjalanan mereka ke Perancis ditangguhkan.
Kini harapan mereka untuk mengelak aksi yang kurang memberangsangkan dalam kelayakan ke peringkat kalah mati UCL turut tidak dapat dielakkan susulan Lens bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan 2-1 di Stade Bollaert-Delelis.
Gabriel Jesus memecah kebuntuan dengan gol ke-22nya dalam saingan Liga Juara-Juara.
Bagaimanapun, keputusan yang diharapkan gagal menjadi kenyataan susulan kesilapan penjaga gol David Raya memberikan peluang terhidang Adrien Thomasson menyamakan kedudukan sebelum Saka kelihatan mengalami kecederaan buat kali ketiga dalam tempoh sembilan hari.
Elye Wahi kemudian menjaringkan gol kemenangan ketika berbaki 20 minit untuk membuka tirai Kumpulan B ketika Arsenal kini berdepan perjalanan sukar kepada juara bertahan Liga Europa, Sevilla akhir bulan ini.
Ammar Hakim
Tue Oct 03 2023