UCL: Andre Onana kesal hadiahkan Bayern Munich kemenangan dramatik

Shaiful Shamsudin
September 21, 2023 09:11 MYT
BAYERN MUNICH 4 MAN UTD 3
Penjaga gol, Andre Onana, sedar bahawa dia telah mengecewakan Manchester United atas kesilapannya ketika memulakan kempen Liga Juara-Juara (UCL) dengan kekalahan kepada Bayern Munich.
Skuad kendalian Erik ten Hag itu mengalami kekalahan keempat dalam lima perlawanan di sebalik permulaan memberangsangkan di Bavaria, awal pagi tadi, tetapi kesilapan Onana membenarkan rembatan Leroy Sane melepasi jangkauannya dengan mudah adalah sukar diterima.
Bayern pantas menokok gol kedua menerusi Serge Gnabry dan terus mendominasi pertemuan Kumpulan A itu sambil Harry Kane menjaringkan sepakan penalti selepas Rasmus Hojlund cuba mengurangkan jurang gol selepas rehat.
Bagaimanapun, dua gol Casemiro di penghujung permainan belum cukup untuk mereka mengelak kekalahan apabila Mathys Tel memberikan kemenangan dramatik 4-3 kepada tuan rumah dalam masa kecederaan.
“Ia sukar diterima,” kata pemain antarabangsa Cameroon itu.

14 - Manchester United have conceded 14 goals in all competitions this season, the most of any Premier League side. Bombarded. pic.twitter.com/02Yq7Zx7dO

— OptaJoe (@OptaJoe) September 20, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Sukar untuk tewas dengan cara ini kerana saya fikir pada awalnya kami bermula dengan sangat baik dan selepas kesilapan saya, kami mula hilang kawalan dalam permainan.
“Ia adalah situasi yang sukar buat kami, khususnya bagi saya kerana saya yang mengecewakan pasukan.
"Pasukan beraksi sangat bagus tetapi disebabkan saya, kami gagal memenangi perlawanan ini..
“Saya gembira dengan usaha pasukan dan kami hanya perlu meneruskan perjuangan.
"Beginilah kehidupan penjaga gol dan kami tidak menang hari ini adalah kerana saya.”
#Manchester United #Andre Onana #Bayern Munich #UCL #Liga Juara-Juara
;