Carlo Ancelotti positif Karim Benzema dapat diturunkan Real Madrid dalam perlawanan pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah menentang Paris Saint-Germain (PSG) minggu depan.
Benzema terlepas dua perlawanan terakhir Madrid gara-gara kecederaan otot yang dialaminya ketika menentang Elche bulan lalu dan berkemungkinan turut tidak diturunkan dalam perlawnan LaLiga di laman Villarreal malam ini.
Bagaimanapun, bercakap dalam sidang media sebelum perlawanan itu, Ancelotti mendedahkan bahawa pemain berusia 34 tahun berkenaan -- yang menjaringkan 24 gol daripada 28 penampilan dalam kesemua kejonanan musim ini -- mungkin cukup cergas untuk diturunkan menentang PSG di Parc des Princes, Rabu ini.
"Kami mempunyai perasaan yang baik. Kami akan melihat jika dia dapat berlatih bersama pasukan pada Ahad atau Isnin ini. Semua orang berperasaan positif tetapi ia hanya akan ditentukan pada Ahad atau Isnin ini.
"Perkara paling utama adalah kesihatan permain. Jika terdapat risiko, kami tidak akan mengambilnya.
"Kami perlu menilai tetapi jika dia bermain pada Selasa (awal pagi Rabu) ini, ia kerana sudah tiada risiko," katanya.
Ancelotti turut berharap bintang PSG, Neymar, dapat diturunkan dalam perlawanan itu dengan berkata: " Saya harap Benzema dan Neymar dapat bermain, mereka pemain terbaik.
"Jika pemain terbaik dapat beraksi, kita dapat menyaksikan perlawanan paling menghiburkan."
Muzaffar Musa
Sat Feb 12 2022