UCL
UCL: Ancelotti syukur VAR berkata benar
Ketua jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti, percaya bahawa video bantuan pengadil (VAR) membuat keputusan tepat dengan membatalkan sepakan penalti penyerang Atletico Madrid, Julian Alvarez, dalam penentuan penalti perlawanan timbal balik kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.
Keputusan itu menjadi detik penentu apabila Real Madrid meraih kemenangan 5-4 menerusi penentuan penalti selepas perlawanan berakhir dengan agregat 2-2.
"Saya tekankan kepada pemain bahawa keutamaan kami adalah memastikan perlawanan tidak menjadi lebih rumit daripada yang sepatutnya," ujar Ancelotti dalam sidang media.
Iklan
"Namun, kami sendiri yang menyulitkan keadaan dengan kehilangan bola secara tidak tentu, membuka ruang kepada pihak lawan dan meletakkan diri dalam posisi berbahaya.
"Jika mereka menjaringkan gol kedua, segalanya boleh menjadi tidak terkawal.
🔥¡MUY BUENOS DÍAS, MADRIDISTAS! pic.twitter.com/4kO2YuLxxU— Real Madrid C.F. (@realmadrid) March 13, 2025
"Kami mula menemui rentak apabila perlawanan berlangsung, mencipta peluang, tetapi fokus dan konsentrasi masih perlu diperbaiki,” jelasnya.
"Saya tidak pasti mengenainya tetapi pengadil menentukannya menerusi VAR.
"Nampaknya dia menyentuh bola dengan kaki kirinya terlebih dahulu apabila saya melihat video itu berulang kali," tambahnya.
Must-Watch Video