Pemain sayap Chelsea, Alejandro Garnacho, menjadi watak penting dalam membantu kemenangan tipis pasukannya menewaskan Benfica di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
Pemain berusia 21 tahun yang juga bekas pemain Manchester United itu diberikan kepercayaan oleh Enzo Maresca bermula sebagai kesebelasan utama The Blues untuk merobek gawang pasukan gergasi Portugal itu.
Hantaran lintang yang dilakukan Garnacho mencari rakan sepasukan terkena Richard Rios untuk jaringan sendiri pada minit ke-18 untuk meletakkan Chelsea mendahului skuad kendalian Jose Mourinho itu sekali gus berakhir dengan keputusan 1-0.
Kemenangan itu menyaksikan Chelsea melakar tiga mata pertama dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) 2025/26 untuk mendaki ke tangga ke-17 dalam carta kedudukan selepas tewas dalam aksi pertama kepada Bayern Munich sebelum ini.
"Kami tewas berdepan Bayern, tetapi saya fikir pasukan itu bagus. Kami memerlukan kemenangan, ia bagus meraih kemenangan malam ini dalam apa jua keadaan.
"Kadangkala anda perlu belajar untuk menang dengan cara teruk sebegini seperti pada minit-minit akhir permainan. Sekurang-kurangnya kami belajar bagaimana untuk menang perlawanan dengan mengutip kad merah." kata pengurus, Enzo Maresca.
Cuba Sekarang

A big three points! ?#CFC | #UCL pic.twitter.com/E9ozLtzcmn
— Chelsea FC (@ChelseaFC) September 30, 2025
Kemenangan itu menyaksikan Chelsea melakar tiga mata pertama dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) 2025/26 untuk mendaki ke tangga ke-17 dalam carta kedudukan selepas tewas dalam aksi pertama kepada Bayern Munich sebelum ini.
"Kami tewas berdepan Bayern, tetapi saya fikir pasukan itu bagus. Kami memerlukan kemenangan, ia bagus meraih kemenangan malam ini dalam apa jua keadaan.
"Kadangkala anda perlu belajar untuk menang dengan cara teruk sebegini seperti pada minit-minit akhir permainan. Sekurang-kurangnya kami belajar bagaimana untuk menang perlawanan dengan mengutip kad merah." kata pengurus, Enzo Maresca.

Fokus Macam Atlet
Latihan lebih padu dengan earbuds sport tanpa wayar, kekal focus setiap sesi.
Cuba Sekarang