LIGA SUPER MSIA
Ubaidullah Shamsul hargai pengalaman berharga bersama Harimau Malaya
Pertahanan Terengganu, Ubaidullah Shamsul Fazili, teruja berpeluang menyertai projek revolusi Harimau Malaya menerusi pemilihan ke kem latihan pusat skuad kebangsaan.
Muncul antara lapan pemain B-23 dalam senarai kali ini, Ubaidullah mengakui peluang meraih pengalaman berharga dalam skuad negara sebagai perkara pertama buat dirinya.
"Bukan mudah untuk dipanggil dalam skuad kebangsaan.
Iklan
"Saya tidak terburu-buru seperti dalam soal kemunculan pertama, (apatah lagi) saya masih muda.
"Kebiasaannya pemain senior lebih dipercayai dan senarai pertahanan lain seperti Harith Haiqal (Adam Afkar) dan Dominic Tan juga masih dalam prestasi terbaik.
"Walaupun tidak dapat membuat kemunculan pertama tapi pengalaman ini sangat berharga untuk saya," katanya yang membuat 21 penampilan dalam Liga Super 2024/25.
Must-Watch Video