Skip to main content

Bola Sepak

Ubaidullah Shamsul Fazili kian selesa perkukuh benteng Terengganu FC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

terengganu,-ubaidullah-shamsul-fazili.jpg
Pertahanan muda Terengganu, Ubaidullah Shamsul Fazili, mengakui kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, dorongan rakan senior membantu menjelmakan aksi ampuh ketika membenam Kelantan United 4-1 di tempat lawan, malam tadi. 

Ia menyaksikan pemain berusia 19 tahun itu menjadi taruhan untuk percaturan berani mati ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner.

"Alhamdulillah saya dapat kepercayaan daripada ketua jurulatih dan Insya-Allah saya akan terus bagi komitmen 100 peratus kepada pasukan.




"Biarpun gementar dalam setiap perlawanan tapi perlahan-lahan cuba dapatkan sentuhan sambil jalinkan hubungan yang lebih baik dengan pemain import bagi menambah keyakinan," katanya selepas pertemuan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV itu. 



 

Advertisement

Must Watch Video