Ubah suai Stadium Etihad jana RM1.6b buat Manchester City

Shaiful Shamsudin
April 18, 2023 06:51 MYT
Manchester City telah mengemukakan permohonan perancangan untuk membesarkan Stadium Etihad, umum kelab itu malam tadi.
Kenyataan itu menggambarkan City komited dalam menawarkan pengalaman terbaik buat sebagai destinasi hiburan dan riadah untuk sepanjang tahun.
Menurut City, kerja-kerja pengubahsuaian itu akan tertumpu di sekitar tempat duduk Utara Etihad yang akan diperluaskan bagi tujuan meningkatkan kapasiti stadium kepada lebih 60,000.
Zon peminat yang diubah suai itu merangkumi kedai kelab baru, muzium kelab termasuk hotel yang menjadi sebahagian daripada cadangan berkenaan.

We are delighted to announce a planning application has been submitted for an entertainment destination at the Etihad Stadium.

— Manchester City (@ManCity) April 18, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
City menganggarkan pelaburan itu mampu menjana lebih daripada £300 juta (RM1.6 bilion) dengan langkah pengubahsuaian dianggarkan akan mengambil masa hingga tiga tahun untuk disiapkan.
Pengumuman juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dibuat selepas tempoh undingan bersama penyokong dan City menerima maklum balas positif.
Etihad, yang disenaraikan sebagai Stadium City of Manchester, termasuk dalam bidaan United Kingdom dan Ireland sebagai tuan rumah Euro 2028.
Tawaran itu menyenaraikan gelanggang berkenaan mampu memuatkan kapasiti 61,000 penyokong.
#Manchester City #EPL #Stadium Etihad
;