Pemain bola sepak dari Galatasaray dan Besiktas antara 1,024 pemain yang digantung oleh Persekutuan Bolasepak Turkiye (TFF) bagi melancarkan siasatan terhadap pertaruhan.
Pemain pertahanan Galatasaray, Eren Elmali, telah dikeluarkan daripada skuad Turkiye menjelang perlawanan Kelayakan Piala Dunia menentang Sepanyol dan Bulgaria kerana dakwaan terlibat dalam kes tersebut.
Elmali, yang merupakan tonggak penting kelab itu menghadapi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini, bersama rakan sepasukan, Metehan Baltaci, termasuk pemain Besiktas, Necip Uysal dan Ersin Destanoglu turut tersenarai dalam skandal tersebut.
Satu kenyataan TFF memperincikan pemain yang telah dikenal pasti telah bertaruh dan telah dirujuk kepada Lembaga Disiplin Bolasepak Profesional (PFDK).
Secara keseluruhan, 27 daripada liga utama telah digantung, dengan 77 pemain daripada divisyen bawahan juga dikenakan hukuman sama.
Perlawanan merentasi dua divisyen teratas akan diteruskan meskipun terdapat penggantungan, walaupun divisyen ketiga dan keempat telah digantung selama dua minggu.
TFF telah meminta Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk memberikan kelab tempoh perpindahan dan pendaftaran tambahan selama 15 hari, sebagai tambahan kepada jendela perpindahan musim sejuk yang akan datang, bagi membolehkan kelab menangani kekurangan skuad mereka.
Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) juga maklum akan hal tersebut.
Bulan lalu, TFF menggantung 149 pengadil berikutan dakwaan penglibatan mereka dalam skandal pertaruhan. Penggantungan antara lapan dan 12 bulan telah dikenakan ke atas 149 pegawai, sementara siasatan diteruskan terhadap tiga pengadil.
Menyebut pendedahan itu sebagai 'peristiwa hitam bola sepak Turkiye', Presiden TFF, İbrahim Hacıosmanoğlu, berikrar untuk meminta semua pesalah bertanggungjawab.
Grab Cepat

Football players from Galatasaray and Besiktas are among 1,024 players suspended by the Turkish Football Federation (TFF) as part of an investigation into betting.
— The Athletic | Football (@TheAthleticFC) November 11, 2025
Galatasaray defender Eren Elmali was pulled from Turkey’s squad preparing to play World Cup qualifying games… pic.twitter.com/WmOQEuCVgA
TFF telah meminta Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk memberikan kelab tempoh perpindahan dan pendaftaran tambahan selama 15 hari, sebagai tambahan kepada jendela perpindahan musim sejuk yang akan datang, bagi membolehkan kelab menangani kekurangan skuad mereka.
Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) juga maklum akan hal tersebut.
Bulan lalu, TFF menggantung 149 pengadil berikutan dakwaan penglibatan mereka dalam skandal pertaruhan. Penggantungan antara lapan dan 12 bulan telah dikenakan ke atas 149 pegawai, sementara siasatan diteruskan terhadap tiga pengadil.
Menyebut pendedahan itu sebagai 'peristiwa hitam bola sepak Turkiye', Presiden TFF, İbrahim Hacıosmanoğlu, berikrar untuk meminta semua pesalah bertanggungjawab.
PUMA SALE: Up to 50% Off
Dapatkan kasut, pakaian, dan aksesori Puma kegemaran korang dengan diskaun hebat 11.11 ini. Jangan tunggu lama — stok terhad!
Grab Cepat