LIGA SUPER MSIA

Tunku Ismail undur diri daripada uruskan JDT

Shaiful Shamsudin 09/06/2022 | 08:52 MYT
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, mengumumkan keputusan untuk mengundurkan diri daripada menguruskan kelab itu.
Dalam entri ringkas di Facebook sebentar tadi, baginda ingin memberi tumpuan kepada tanggungjawab dan komitmen yang lain.
Justeru, segala urusan harian Harimau Selatan selepas ini akan diuruskan oleh pengurusan tertinggi kelab.
Tunku Ismail menggalas peranan sebagai pemilik kelab sejak 10 Januari 2016 sementara Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim menggalas tugas presiden JDT, semusim selepas ditabalkan juara Piala AFC.
JDT turut memiliki pengarah sukan menerusi pelantikan semula Alistair Edwards dan ketua jurulatih dari Mexico, Benjamin Mora, diberi tugas untuk mengemudi skuad utama dalam Liga Super.
#liga super #johor darul ta'zim #JDT #Harimau Selatan #Liga-M #Tunku Mahkota Johor
;